Sahabat JapenPk

Ahad, 29 Mac 2009

Layar Bestari di Tapak Ekspo Bukit Gantang 31.3.2009



Sempena Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Veterinar Perak pada 31 Mac 2009, Jabatan Penerangan Negeri akan mengadakan tayangan LAYAR BESTARI ( wayang pacak berkonsep moden dan menggunakan peralatan canggih) di Tapak Ekspo Bukit Gantang, Taiping jam 8.30 malam pada 31 Mac 2009 (Selasa)

Kehadiran anda adalah dialu-alukan. Sebanyak 15 ekor binatang ternakan akan dihadiahkan kepada 15 orang penonton bertuah seandainya mereka berjaya menjawab soalan kuiz sepontan yang akan dijalankan secara selingan semasa tayangan Layar Bestari. Opp...Tunggu kita di sana...sane...sane.eee!!!

Jumaat, 27 Mac 2009

Pusat Media PRK Bukit Gantang ditubuhkan





Jabatan Penerangan Perak telah menubuhkankan Pusat Media bagi Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang di SSL Traders Hotel, Kamunting kira-kira 5 KM dari bandar Taiping. Pusat ini dilengkapi dengan 10 set komputer dengan kemudahan internet, pencetak, mesin fotostat berkuasa tinggi, faksimili, telefon, tv, LCD serta pelbagai akhbar harian utama.

Para pengamal media termasuk blogger boleh mengunjungi pusat ini serta menggunakan kemudahan yang diberikan secara percuma bagi memudahkan mereka membuat laporan terkini mengenai PRK Bukit Gantang. Maklumat serta profil Bukit Gantang disediakan.

Pusat ini beroperasi mulai 26 Mac hingga 8 April 2009 dari jam 9.00 pagi ke 12 malam setiap hari. Petugas media Jabatan Penerangan akan sentiasa membantu para pengamal media dan blogger untuk mendapat maklumat serta penggunaan kemudahan yang disediakan.

Selasa, 24 Mac 2009

Pertandingan Kuiz ASEAN 2009 on-line dilanjutkan ke hari Jumaat



PERHATIAN KEPADA PESERTA PERTANDINGAN KUIZ ASEAN 2009

Bagi peserta Negeri Perak, Pulau Pinang dan Sabah waktu pertandingan ditetapkan pada hari Jumaat 27 Mac 2009 mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Sehubungan itu kepada peserta Pertandingan Kuiz ASEAN di negeri-negeri terbabit yang tidak boleh mengakses sistem pada hari ini hendaklah menjawab soalan kuiz tersebut pada hari Jumaat.

Pertukaran tarikh dan waktu pertandingan ini adalah kerana sistem tidak mampu diakses serentak dari seluruh negara. Walau bagaimanapun, kepada anda yang telah berjaya mengakses sistem dan telah menjawab soalan kuiz pada waktu ini diucapkan selamat berjaya.

Info daripada Urus Setia Pertandingan Kuiz ASEAN 2009
Negeri Perak.
Keterangan lanjut sila hubungi : Encik Zabidin Hj Ismail (012-5070513)
Encik Zeinuddin Safar (012-4651510)

Isnin, 23 Mac 2009

Pertandingan Kuiz ASEAN secara on-line serentak seluruh negara pada 25 Mac 2009



Perhatian!!
Kepada semua peserta pertandingan Kuiz ASEAN adalah diingatkan bahawa pertandingan secara on-line akan dijalankan mulai 9.00 pagi hingga 3.00 ptg pada 25 Mac 2009 serentak di seluruh negara. Para peserta bolehlah ke makmal komputer sekolah pada hari berkenaan untuk menjawab soalan secara on-line yang akan diawasi oleh guru. Setiap peserta diperuntukkan masa selama sejam untuk menjawab sebanyak 51 soalan berbentuk objektif, false and true serta satu soalan esei.

Bagi negeri Perak sebanyak 46 buah sekolah menengah yang mempunyai makmal komputer terbabit dalam pertandingan ini. Semua pelajar yang mendaftar menyertai pertandingan ini telah diberikan kata laluan (password) bagi mengakses soalan. Semua soalan ditanya dalam bahasa Inggeris.

Perak mencatatkan sejarah kerana jumlah tertinggi sekolah di Malaysia yang menyertai kuiz ASEAN pada kali ini yang membabitkan melebihi 400 orang peserta.

Selamat bertanding semoga anda terpilih di kalangan 15 peserta terbaik untuk ke pertandingan separuh akhir pada Mei depan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Ahad, 22 Mac 2009

Ziarah Pak Teh yang lumpuh

Petang 22.3.2009 YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Penerangan serta YBhg Datin Asmah, Hj Abdullah Mohd Ariff, Pengarah Penerangan Perak dan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Penerangan telah menziarahi Pak Teh, 76 tahun, Pengerusi Komuniti Bestari Kg Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak yang mengidap penyakit lumpuh.

Pak Teh begitu terharu dan menitiskan air mata gembira kerana kunjungan Ketua Pengarah dan rombongan yang tidak disangka itu. Dalam sebak dan sayu itu, Pak Teh sempat mendoakan kebahagian dan kesejahteraan rombongan yang sudi menjenguknya.

Majlis Sepakat Bestari Komuniti Bestari Mukim Sg. Tinggi, Terong, Perak







YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia telah merasmikan Majlis Sepakat Bestari di samping menyampaikan enam set komputer kepada pengerusi Komuniti Bestari daerah Larut Matang dan Selama. Sempena kunjungan beliau, Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama selaku penganjur program telah mengadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna, gubahan bunga, pameran, penjualan produk Komuniti Bestari tempatan serta kenduri kampung.

Beliau juga telah melakarkan sejarah dengan menandatangani plak perasmian Anjung Bestari Mukim Sg Tinggi, Padang Gajah, Terong, Perak. Sebelum itu kedatangan beliau disambut dengan paluan gendang serunai serta tingkah silat tradisi Sg. Tinggi yang kaya dengan jurus lembut yang memukau penonton.

Lawatan Ketua Pengarah di Komuniti Bestari Mukim Terong



Pada 22.3.2009 jam 9.30 pagi YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dalam rangka lawatan rasmi ke Komuniti Bestari Mukim Sungai Tinggi, Padang Gajah sempat singgah sebentar bersua muka dengan Ahli-ahli Jawatakuasa Komuniti Bestari Mukim Terong, di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Beliau ditemani oleh Hj Abdullah Mohd Ariff, Pengarah Penerangan Perak serta pegawai-pegawai kanan Jabatan berkesempatan melawat Anjung Bestari, beramah mesra dengan ahli KB berkenaan di samping menikmati sarapan pagi.

Layar Bestari Jabatan Penerangan

Komuniti Bestari Mukim Sg. Tinggi, Padang Gajah, Terong, Perak pada malam 21.3.2009 telah mencatat sejarah kerana pertama kalinya di Semenanjung, Layar Bestari - produk terkini Jabatan Penerangan Malaysia dipersembahkan kepada orang ramai. Krew Layar Bestari didatangkan khas dari Kuala Lumpur semata-mata untuk memberikan hiburan disamping menyampaikan maklumat berkenaan dengan "Rukun Negara" yang menjadi kempen Jabatan masakini.

Khamis, 19 Mac 2009

Majlis Sepakat Bestari Daerah Larut Matang dan Selama



YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia akan merasmikan Majlis Sepakat Bestari di Anjung Bestari Mukim Sungai Tinggi, Padang Gajah, Trong, Perak. Majlis akan berlangsung jam 11.00 pagi pada 22 Mac 2009. Sempena majlis ini satu pertujukan Layar Bestari (dulu dikenali sebagai Wayang Pacak) akan diadakan pada 21 Mac 2009 jam 8.30 malam di lokasi sama.

Program lain adalah seperti berikut:


21.3.2009
8.00 pg - Gotong Royong
3.00 ptg - Persiapan Kenduri Kampung
8.30 mlm - Layar Bestari

22.3.2009
8.00 pg - Senamrobik Ahli-ahli Komuniti Bestari
9.00 pg - Pertandingan mewarna (pra sekolah dan OKU)
- Pertandingan Gubahan Kenegaraan
- Kuih Peneram
- Gerai jualan produk Komuniti Bestari daerah LMS
- Pameran & kaunter perkhidmatan Agensi Kerajaan / Swasta
11.00 pg - Majlis Perasmian
- Penyampaian komputer kepada 6 buah Komuniti Bestari LMS
- Menandatangani Plak Perasmian Anjung Bestari Mukim Sg. Tinggi
-Kenduri Kampung
-Cabutan Nombor Bertuah
-Bersurai

(Anda adalah dijemput hadir memeriahkan lagi majlis ini. Kehadiran ramai adalah dialu-alukan)

Rabu, 18 Mac 2009

Kempen MALAYSIA PERKASA Jabatan Penerangan


Jabatan Penerangan akan melaksanakan kempen MALAYSIA PERKASA bagi menanam semangat cintakan negara di seluruh negara secara besar-besaran mulai bulan Mei 2009 setelah dilancarkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei di KLCC, Kuala Lumpur.
Kempen ini bertujuan membentuk aliran pemikiran masyarakat agar sejajar dengan aspirasi negara sekaligus mekanisme kesejahteraan dan keharmonian negara. Sasaran kempen termasuk golongan remaja, belia, NGO, pemimpin pendapat serta mahasiswa. Manakala teras kempen berpaksi daripada konsep Ketahanan Menyeluruh (HANRUH) dengan menekankan aspek patriotisme.
Tema kempen ialah Malaysia Perkasa: Bersama kita Jayakan dengan harapan membentuk warga bumi ini yang memiliki keutuhan psikologi, cintakan negara, berani dan sanggup berkorban untuk negara.

Selasa, 17 Mac 2009

RTM aktifkan empat saluran baru



KUALA LUMPUR: Dalam usaha untuk beroperasi secara digital sepenuhnya dan mengaktifkan rancangan Analog Switch Off (ASO) menjelang 2015, RTM mengumumkan rancangannya membangunkan empat saluran baru di samping saluran Muzik Aktif yang memulakan siaran, semalam.

Empat saluran baru sedang dibangunkan ialah saluran kanak-kanak, CY; saluran sukan, Arena; saluran multi-etnik dan multi bahasa, Harmoni; dan saluran gaya hidup, Bestari.

Rancangan itu diumumkan oleh Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam ucaptama pada perasmian Persidangan Industri Kreatif 2009 di sini, semalam.

"RTM sedang menjalani pengstrukturan semula. Wajah baru TV1 dan TV2 dan Muzik Aktif bukan penjenamaan semula, ia bukan penghujung, ia sebahagian dari proses berkenaan.

"Rancangan kami ialah untuk mengkhususkan semua saluran, dengan itu kami mewujudkan lima saluran baru.

"Walaupun platform pertama kami ialah Astro, kami akan pastikan setiap orang akan dapat menerima lima saluran baru kami. Mengenai ASO 2015, kami akan wujudkan enam zon pemancaran digital dalam negara, iaitu zon tengah, selatan, timur, utara, Sabah dan Sarawak," kata Shabery.

Beliau berkata RTM bercadang menyiarkan Harmoni menjelang hujung tahun ini. Shabery berkata industri kreatif berpotensi menjadi penyumbang besar ekonomi untuk negara dari segi eksport kreatif dan hak harta intelektual.

"Kita perlu mengenal pasti industri kreatif kita. Di Britain, satu daripada eksport utama ialah industri muzik. Di sana, industri kereta memerlukan bantuan kerajaan tetapi industri muzik tidak.

"Semasa kelembapan ekonomi 1999, Korea telah dapat memajukan industri hiburan dan kreatif mereka hingga ia menjadi eksport utama.

"Ini peluang kita untuk memajukan industri kreatif dan mengenalpasti apa yang menjadi industri kreatif dalam segala bentuknya, sekalipun dari segi demografi dan apakah sempadannya," kata beliau.

Berhubung halatuju negara untuk benarbenar mengiktiraf sumbangan ekonomi berpotensi oleh industri kreatif, Shabery berkata:

"Jika Persidangan ini bersetuju dan mencadangkan agar tahun depan (2010) menjadi Tahun Kreatif Malaysia 2010, saya akan mengemukakan kepada Kabinet bagi memulakan proses menyelaraskan dengan kementeriankementerian dan badanbadan lain yang relevan.

"Jika mereka setuju, satu pasukan petugas khas mungkin lahir dari persidangan ini bagi menjamin kebajikan artis kita dan mendapatkan takrif sebenar industri kreatif Malaysia," kata Shabery.

Lebih 500 orang menyertai persidangan dua hari itu yang membincangkan 31 kertas kerja oleh pembentang tempatan dan antarabangsa tentang tema "Industri Kreatif: Satu Dimensi Baru Pertumbuhan Ekonomi". BERNAMA

Isnin, 16 Mac 2009

Datuk Ibrahim Yahya dilantik Ketua Pengarah RTM



BEKAS pengarang kanan Berita Publishing Sdn Bhd Datuk Ibrahim Yahaya dilantik Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran (RTM) mulai hari ini.

Ibrahim, 48, menggantikan Datuk Abdul Rahman Hamid yang kini bertugas sebagai Penasihat Penyiaran Digital kepada Menteri Penerangan sejak 2 Jan lepas, demikian menurut kenyataan Kementerian Penerangan hari ini.

"Pelantikan beliau berdasarkan pengalaman meluas beliau dalam bidang media dan penyiaran," menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ibrahim memegang jawatan sebagai Penasihat Media kepada Menteri Penerangan. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengurus ehwal semasa dan penyiaran TV3 dan ketua pengarang berita Berita Harian.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Ibrahim adalah sejajar dengan penstrukturan semula Jabatan Penyiaran yang diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 1 Jan lepas. Mulai 25 Feb lepas, Datuk Norhyati Ismail yang sebelum ini Pengarah Urusan Rancangan TV dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Penyiaran Strategik), menggantikan Datuk Adilah Shek Omar yang kini menjadi Pengarah Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) yang baru.

Menurut kenyataan itu, pelantikan Adilah bertujuan memperkasakan IPPTAR sebagai institut penyiaran yang dihormati di peringkat antarabangsa.BERNAMA

Jumaat, 13 Mac 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi


1. Pengumuman TPM pada 10 Mac 2009 mengenai pakej ransangan ekonomi berjumlah RM60B dijangka mampu memulihkan ekonomi Negara ekoran krisis ekonomi global.

2. Kali pertama dalam sejarah ekonomi Malaysia bagi mengelak Negara terjerumus dalam krisis ekonomi.

3. Jumlah RM60B yang diperuntukkan itu jauh lebih besar daripada jangkaan banyak pihak.

4. Menjangkau lebih banyak sektor ekonomi, kumpulan sasaran termasuk pekerja, pengguna, peniaga kecil dan sederhana, pengeksport dan graduan menganggur.

5. Walaupun di Negara ini, kita berbeza pendapat tentang politik, namun menjadi harapan semua bila berhadapan dengan masalah ekonomi yang melanda Negara. Kita perlu bersepakat dan sekata, memikir dan melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat.

6. Krisis ekonomi global pada masa ini adalah yang terburuk sejak Perang Dunia Ke 2 / economic depression.

7. 163,000 peluang pekerjaan
63,000 pengambilan untuk kakitangan kerajaan

8. 4 teras pakej ransangan ekonomi kedua

a) RM2 bilion
Mengurangkan pengganguran dan menambah peluang pekerjaan.

b) RM10 bilion
Meringankan beban rakyat terutama golongan mudah terjejas.

c) RM29 bilion
Membantu sektor swasta menghadapi krisis

d) RM19 bilion
Membina keupayaan masa depan.
Related Posts with Thumbnails