Sahabat JapenPk

Selasa, 28 April 2009

Staf Penerangan Manjung meninggal dunia

Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Rosmawati binti Mat Isa, Pembantu Penerangan di Pejabat Penerangan Daerah Manjung, Perak telah kembali ke ramahmatullah jam 1.30 pagi ini (29.4.2009) di Alor Setar kerana barah payudara. Hubungi Haji Ismail Muhammad Hanapiah, Pegawai Penerangan Daerah Manjung - 0135200375 untuk mendapatkan maklumat mengenai urusan jenazah. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah untuk kerahmatan arwah. Al-Fatihah.

Isnin, 27 April 2009

Tahniah peserta dari Negeri Perak ke pertandingan akhir Kuiz ASEAN 28.4.2009




Pertandingan AKHIR Kuiz ASEAN

Peserta Perak AISYAH AHMAD TOHA dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak layak ke pertandingan akhir besok, 28.4. 2009. Tahniah Aisyah dan teruskan kecemerlangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur!

Jumaat, 24 April 2009

SEPAKAT BESTARI daerah Batang Padang pada Sabtu 25.4.2009


Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang akan mengadakan sebuah program berbentuk karnival dan persembahan kesenian yang dinamakan SEPAKAT BESTARI. Program tersebut pertama kali diadakan di daerah ini dan merupakan aktiviti Komuniti Bestari daerah berkenaan.
Antara lain pengisian program ini ialah pertandingan memancing, mewarna, mengubah, memasak, futsal, lagu-lagu patriotik, pameran Malaysia Perkasa, jualan produk Komuniti Bestari serta pameran dan perkhidmatan daripada Jabatan dan agensi Kerajaan.
Pada sebelah malam akan diadakan persembahan kombo UPSI serta selingan acara kesenian.
Sepakat Bestari ini diadakan di Taman Tasik YDP Slim River (berhampiran simpang masuk ke Kg. Balun ) mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam. Adalah dijangka ADUN Slim River, YB Dato' Khushairi Abd Talib akan merasmi-tutup pada jam 4.00 petang.
Orang ramai adalah dijemput hadir supaya dapat memeriahkan lagi aktiviti kenegaraan yang bertemakan Satu Malaysia.

Jumpa kita di sana..sane..saneeee!
Jumpa kita di sana..sane..saneeee!
Jumpa kita di sana..sane..saneeee!
Jumpa kita di sana..sane..saneeee!

Sabtu, 18 April 2009

Tahniah kepada Tuan Haji Abdullah Mohd Ariff, Pengarah Penerangan Perak


Bagi pihak pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Perak, saya mengucapkan sekalung tahniah di atas kurnian Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlah Shah sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda pada hari ini; 19 April 2009. Semoga pengurnian tersebut akan meningkatkan lagi rangsangan untuk menabur selaut jasa kepada tanah pusaka yang tercinta ini.

Syabas dan Tahniah!
Syabas dan Tahniah!
Syabas dan Tahniah!

Ahad, 12 April 2009

Tahniah Pemenang Pertandingan Kuiz ASEAN dari Negeri Perak



Keputusan Pertandingan Kuiz ASEAN telah diumumkan oleh Urus Setia, Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur. Seramai 15 peserta yang mendapat markah tertinggi layak bertanding ke peringkat separuh akhir di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 27-28 April 2009.

Adalah dimaklumkan bahawa antara 15 pemenang tersebut, peserta dari Perak Darul Ridzuan telah berjaya terpilih ke pertandingan separuh akhir. Beliau adalah pemenang tunggal daripada lebih 400 peserta Perak yang menyertai pertandingan kuiz secara on-line pada 25 Mac 2009 yang lalu.

Peserta yang berjaya itu ialah AISYAH AHMAD TOHA dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak. Tahniah Aisyah dan teruskan kecemerlangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur!

Kempen Malaysia Perkasa


Kempen Malaysia Perkasa peringkat Kebangsaan akan disempurnakan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2009 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC.
Kempen ini akan menggunakan tema SATU JIWA SATU MALAYSIA dengan melaksanakan pelbagai aktiviti komunikasi bersemuka dengan menyampaikan mesej berikut:-

1. Penghayatan Rukun Negara
2. Perlembagaan Persekutuan
3. Sejarah Tanah Air
4. Cinta Negara
5. Pakerj Rangsangan Ekonomi
6. Peralihan Kuasa 3 April 2009
7. Krisis Ekonomi Global

Pelancaran kempen peringkat Negeri Perak pada 19-21 Jun 2009 di Kompleks Rakan Muda, Kampar, Perak. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah pameran Jabatan Penerangan, pameran dan penjualan produk Komuniti Bestari, pameran Jabatan dan agensi kerajaan, pertandingan Sektsa Rukun Negara bagi Kelab-kelab Setia, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan, Uji Bakat Pengulas / DJ Radio, Forum Perdana, Mini Studio Perak FM, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Lagu-lagu Patriotik, Layar Bestari, PENTARAMA, penjualan buku, demontrasi sepak raga tuju dan sebagainya.

Nantikan kami di situ!!!

Khamis, 9 April 2009

Menteri Penerangan Baru


Kementerian Penerangan telah digabungkan menjadi sebuah kementerian dikenali sebagai Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan dan Kesenian dalam pembentukan Kabinet Rakyat yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 8 April 2009.



Menteri;
Datuk Seri Dr Rais Yatim

Timbalan;
Datuk Joseph Salang Gandum
Senator Heng Seai Kie


Rabu, 1 April 2009

Penyampaian hadiah kuiz sepontan Veterinar sempena Layar Bestari Jabatan Penerangan Perak






Jabatan Veterinar Negeri Perak telah bemurah hati menyumbangkan sebanyak 15 hadiah kepada para penonton Layar bestari Jabatan Penerangan Malaysia sempena Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Veterinar Negeri bertempat di Tapak Ekspo Bukit Gantang, Taiping, Perak pada 31 Mac 2009.

Hadiah-hadiah kemenangan termasuk binatang peliharaan seperti benih ayam, arnab serta makanan ternakan.
Related Posts with Thumbnails