Sahabat JapenPk
Rabu, 31 Disember 2008
Isnin, 29 Disember 2008
Tunku Muhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru
Sabtu, 27 Disember 2008
UCAPAN TAHUN BARU DRP KETUA PENGARAH
SELAMAT TAHUN BARU 2009
December 27, 2008 · Print This Article
Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera,
Dengan penuh rasa kesyukuran saya mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 kepada seluruh warga kerja Kementerian Penerangan Malaysia, khususnya kepada warga kerja Jabatan Penerangan Malaysia.
Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita sama-sama berazam untuk untuk terus berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia dengan lebih pantas, cekap dan berkesan.
Sebagai warga kerja yang berperanan menjadi agen perubahan dan jurucakap kepada kerajaan, kita mestilah memastikan sistem penyampaian kepada rakyat menjadi lebih cekap, tepat dan berkesan, agar rakyat memperolehi maklumat yang sahih dan berintegriti.
Kepada seluruh rakyat Malaysia, marilah kita berazam untuk memastikan Negara terus berada dilandasan terbaik dari tahun sebelumnya. Kita jadikan segala pengalaman sepanjang tahun 2008 sebagai pengajaran dan kita buka lembaran baru di tahun 2009 dengan tekad dan hasrat untuk memastikan Negara Malaysia tercinta ini terus cemerlang, gemilang dan terbilang diarena antarabangsa.
Marilah kita sama-sama berdoa, moga tahun 2009 akan lebih baik bagi kita semua berbanding tahun 2008.
Terima kasih.
Sembah Takziah
Rabu, 24 Disember 2008
IJN TAK JADI SWASTA
Keprihatinan Kerajaan Persekutuan dalam kes penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) menerima sokongan masyarakat luar bandar. Kerajaan akan mengkaji isu penswastaan IJN supaya pelaksanaannya tidak menjejaskan kepentingan ramai. Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Najib Tun Razak agar kes ini ditangguh dan perlu dibincangkan dalam Kabinet disambut baik di kalangan masyarakat yang berpendapatan rendah.
Mereka mengalu-alukan tindakan tersebut dan berharap IJN tidak diswastakan kerana IJN adalah tempat berubat masyarakat berpendapatan rendah. IJN diwujudkan Kerajaan untuk meringankan bebanan penduduk Malaysia yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan rawatan terbaik.
Khamis, 18 Disember 2008
"Taman Angkat" Komuniti Bestari Mukim Chenderiang
Pengarah Penerangan Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dalam ucapan aluan menyifatkan bahawa pengistiharan tersebut melambangkan kepercayaan dan keyakinan Pegawai Daerah terhadap kemampuan, kesungguhan serta komitmen KB Mukim Chenderiang terhadap aspek penyelenggaraan Taman Tasek Temoh. Sekaligus menggambarkan bahawa kewujudan KB yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan di sesuatu mukim itu telah mendapat tempat di hati pentadbiran daerah.
Kemajuan Komuniti Bestari Perak
Justeru pada hari yang bersejarah bagi perkembangan dan kemajuan KB di Perak, Urus Setia Komuniti Bestari Negeri dan Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, Tapah telah mengadakan program Perhimpunan Keluarga Komuniti Bestari Negeri Perak dengan agensi Kerajaan / swasta secara bersepadu serta dikelolakan beberapa KB di daerah Batang Padang. Selain pameran Rukun Negara Jabatan, 15 agensi kerajaan turut mengadakan pameran, 10 buah KB memasar dan mempamerkan produk masing-masing serta pihak swasta mengambil bahagian mengadakan "grand-sale".
Program ini turut dimeriahkan dengan beberapa acara seperti Sukan Air (kelolaan Pejabat Belia dan Persatuan Rekreasi Tapah), Sukan Rakyat (KB Tapah), Pertandingan Memasak Ikan Sungai (Jabatan KEMAS), Pertandingan Gubahan (KB Chenderiang), Sukan Kanak-kanak, Mewarna dan Pakaian Beragam (KB Bidor), Pertandingan Memancing (KB Tapah), Senamrobik (KB Sg. Klah), Sepak Raga Tuju, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Teka Biji Betik dan Kenduri Kampung (Kg. Batu Masjid).
Pohon Kenangan
Program sehari suntuk itu diserikan dengan perasmian pluq peristiharan "Taman Angkat" oleh YBhg. Dato' Md Damiri serta diikuti menanam empat batang pohon kenangan iaitu pokok nangka yang menjadi trade-mark Kg. Batu Masjid. Pohon-pohon kenangan itu ditanam-rasmi oleh Pegawai Daerah, Pengarah Penerangan Negeri, ADUN Ayer Kuning, YB. Dato' Shamsudin serta ADUN Chenderiang, YB Dr Mah.
Seniman Kampung
Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Setia
Sketsa ialah drama sebabak
PSRNKS ini termasuk dalam pakej "Kempen Penghayatan Rukun Negara" yang sedang dijalankan oleh Jabatan Penerangan di seluruh negara. Bagi negeri Perak, selain mengadakan ceramah, pameran, paparan, InfoPen, penerbitan buku dan risalah, PSRNKS juga merupakan modus operandi kempen yang berkesan dan menarik minat khalayak sasar.
Konsep PSRNKS dipersembahkan dalam bentuk sketsa (drama sebabak) yang dijayakan seramai 10 orang pelajar dalam masa 20 minit dengan mengambil salah satu prinsip Rukun Negara sebagai tema dan persoalan drama.
Pertandingan bukan memilih drama atau pelakon terbaik, sebaliknya menilai keberkesanan persembahan yang mampu mengutarakan mesej / falsafah Rukun Negara secara berseni, mengesankan serta bersahaja.
Skrip sketsa disediakan sendiri oleh Kelab Setia yang mengambil bahagian tetapi tidak dinilai sebaliknya penilaian tertumpu kepada tiga aspek iaitu mesej, teknik persembahan dan komunikasi.
Piala Pusingan
Kelab Setia SMK King Edwards VII, Taiping muncul johan dengan mengondol piala pusingan, hadiah wang tunai, hadiah iringan serta sijil manakala naib johan disandang oleh Kelab Setia SMK Temenggong Kati, Kuala Kangsar. Sebanyak 7 Kelab Setia beradu nasib di peringkat akhir pertandingan yang dirasmikan oleh Puan Che Sabariah Mohd Noor, Timbalan Pengarah PENTARAMA Ibu Pejabat Penerangan, Kuala Lumpur yang mewakil Timbalan Ketua Pengarah Penerangan.
Pengarah Penerangan Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dalam satu kenyataan menyatakan bahawa PSRNKS akan diteruskan pada tahun 2009 sebagai salah satu aktiviti Kelab Setia yang mampu membentuk ciri-ciri kepimpinan, teamwork serta jati diri di kalangan ahli-ahli Kelab Setia.
Selasa, 16 Disember 2008
Rafidah dahului senarai 279 penerima darjah kebesaran
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz mendahului senarai 279 penerima darjah kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini sempena ulang tahun keputeraan Seri Paduka pada 7 Jun.
Rafidah, yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menerima darjah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran Tan Sri pada majlis istiadat penganugerahan bintang dan pingat di Balairong Seri, Istana Negara, di sini.
Lima orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
Mereka ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Negeri Johor, Datuk Zahri Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Pengerusi Eksekutif ECM Libra. Datuk Kalimullah Masheerul Hassan serta dua pesara kerajaan iaitu Datuk Salim Hashim dan Datuk Othman Lebai Saad.
Supt Musa Mohd Safri menerima Kesatria Setia Diraja manakala atlet pejalan kaki negara. Yuan Yu Fang adalah antara 88 penerima Ahli Mangku Negara (AMN). Turut menerima AMN ialah Haji Zabidin Ismail, Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perak.
Selain itu, tiga orang menerima Johan Mangku Negara (JMN), 15 Johan Setia Mahkota (JSM), 41 Kesatria Mangku Negara (KMN) dan 125 Pingat Pangkuan Negara (PPN). BERNAMA
Sabtu, 13 Disember 2008
Majlis Perpisahan Staf Perak
Khamis, 11 Disember 2008
PERAGA "INFOPEN" DI R&R TAPAH, ARAH UTARA
Peraga “InfoPen” Jabatan Penerangan Negeri Perak telah siap dipasang pada 3 November 2008 di Hentian Rehat dan Rawat ( R&R Tapah, arah utara, Projek Lebuhraya Utara Selatan,PLUS).