Sahabat JapenPk

Ahad, 22 Februari 2009

Pertandingan Kuiz ASEAN 2009 on-line



Latar Belakang

Kuiz ASEAN adalah program peringkat ASEAN-COCI (ASEAN Committee On Culture and Information). Jabatan Penerangan Malaysia telah dilantik oleh Pengerusi ASEAN-COCI Malaysia iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan sebagai penganjur ASEAN Quiz bagi Malaysia.

Bagi peringkat negeri Perak pertandingan ini dikelolakan bersama Jabatan Penerangan dan Jabatan Pelajaran negeri Perak

Kuiz ASEAN pertama kali diadakan pada tahun 2002. Ia diadakan secara bergilir di kalangan negara-negara ASEAN. Malaysia pernah menjadi tuan rumah pada tahun 2006. Pertandingan kali ini akan diadakan di Manila, Filipina pada bulan September 2009. Tiga orang peserta akan mewakili Malaysia ke pertandingan akhir tersebut.

Objektif

  1. Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran mengenai hal ehwal ASEAN di kalangan peserta
  2. Mendedahkan golongan belia kepada aspek kebudayaan, politik, eknomi dan sosial negara-negara ASEAN
  3. Menyemai semangat kesefahaman dan setia kawan di kalangan generasi muda bakal pemimpin dan peneraju masa depan ASEAN
  4. Meningkatkan minat membaca dan kaedah pencarian maklumat di kalangan peserta

Tema

Shared Vision and Identity or Perkongsian Visi dan Identiti.

Syarat Pertandingan

  1. Pelajar sekolah menengah Kerajaan berusia 16-19 tahun. Pendaftar hendaklah dibuat oleh pihak sekolah bukan oleh pelajar (bukan pelajar IPTA/IPTS)
  2. Tarikh tutup 28 Februari 2009. Borang boleh diperolehi di Pejabat- pejabat Penerangan dan Pelajaran daerah atau akses laman web Jabatan Penerangan iaitu http://www.penerangan.gov.my/aseanquiz2009
  3. Setiap sekolah boleh mendaftar maksima sejumlah 10 orang pelajar
  4. Setiap sekolah yang menyertai pertandingan ini mestilah mempunyai makmal komputer yang dilengkapi internet.
  5. Pertandingan akan diadakan di makmal komputer sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan secara on-line serentak di seluruh negara pada 25 Mac 2009 mulai jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang.
  6. Sebanyak 51 soalan kuiz mesti dijawab melalui on-line dalam masa sejam. Semua jawapan akan dihantar ke Urus Setia Kebangsaan menerusi internet.

Seramai 15 orang peserta yang mendapat markah tertinggi akan layak ke pertandingan separuh akhir peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada bulan Mei 2009 di Angkasapuri Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails