Sahabat JapenPk

Ahad, 16 Ogos 2009

Larian Merdeka 1Malaysia



Pada pagi 16 Ogos 2009 Bandar Teluk Intan yang terletak di selatan Perak dikejutkan dengan Larian Merdeka IMalaysia melintasi beberapa batang jalan utama dari Padang Majlis Perbandaran Teluk Intan ke Dataran Menara Condong sejauh 2.4 km dalam hujan rahmat sederhana lebatnya. Seramai antara 600-700 orang peserta pelbagai kaum menyertai program sempena menyambut bulan kemerdekaan Negara. Larian diketuai Pasukan RELA daerah Hilir Perak dengan membawa Jalur Gemilang gergasi serta diikuti pembawa bendera negeri-negeri di Malaysia. Sebelum memulakan larian mereka telah melakukan Senam Seni kelolaan Jabatan Kebudayaan Negara, Negeri Perak.
Sebaik tiba di pentas utama Jalur Gemilang diterima oleh wakil Menteri Besar Perak, YB Dato Saarani Mohamed, EXCO Kerajaan Negeri Perak kemudian diserah kepada dua staf polis berpakaian seragam untuk upacara menaikkan Jalur Gemilang dengan iringan lagu Negaraku.
Program kali ini digabungkan dengan majlis pelancaran Gagasan IMalaysia dan sambutan Bulan Kemerdekaan Negeri Perak 2009.
Program ini mendapat dokongan erat daripada Kerajaan Negeri Perak melalui Bahagian Perhubungan Awam dan Korporat SUK.


1 ulasan:

  1. En. Thaiala, mane la gambar saya nie..x masuk skali ke..hehehe

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails