Sahabat JapenPk

Selasa, 2009 November 10

Hj Zaharin Hj Zainudin Pengarah Penerangan Perak yang baru



Pada 9 November 2009 berlangsung Majlis Penyerahan Tugas antara mantan Pengarah Penerangan Negeri Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dengan Hj Zaharin Hj Zainudin, yang melapor diri pada 2 November 2009 sebagai Pengarah Penerangan Negeri yang baru. Majlis diadakan di Bilik Gerakan IPN dan disaksikan pegawai dan anggota cawangan-cawangan utama di Ibu Pejabat Negeri seramai 41 orang.

Sementara itu, semua pegawai dan anggota Japen Pk mengucapkan selamat bersara pilihan kepada Hj. Abdullah Mohd Ariff pada 1 Januari 2010. Walau bagaimanapun, mulai 2 November 2009 beliau ditukarkan ke Bhg. Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur kemudian bercuti panjang sebelum bersara.

Kepada Hj Zaharin selamat berkhidmat di negeri kelahiran yang tersohor sebagai negeri logam dan mempunyai banyak sejarah tersendiri baik dari segi politik, pendidikan, sosial, keagamaan dan memiliki kepelbagaian budaya, etnik serta dialek yang cukup menarik untuk direnungi.

Rabu, 2009 Oktober 14

Pelancaran IMalaysia Bersama Rakyat Perak


Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak akan melancarkan gagasan IMalaysia Bersama Rakyat Perak pada 18 Oktober 2009 jam 8.00 malam di Stadium Perak. Oleh kerana Negeri pertama selaku tuan rumah program ini, Kerajaan Negeri Perak menjangkakan seramai 50 ribu penduduk tempatan berbilang kaum akan menghadiri majlis tersebut. Jabatan Penerangan Perak, urus setia bersama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengaturkan pelbagai aktiviti sempena majlis pelancaran mulai 17 Oktober 2009 di Stadium Indera Mulia dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri. Antara aktiviti yang bakal memeriahkan suasana adalah seperti jadual berikut:

17 Oktober 2009 (Sabtu)
  • Gotong Royong di Pekan Chemor 7.00 pagi
  • Ekspo dan Gerai Jualan (8.00 pg - 10.00mlm)
  • Persembahan Artis / PENTARAMA Jabatan Penerangan
  • Sukan Rakyat
  • Pertandingan Suara Emas IMalaysia
  • Lintas Langsung RTM
  • Pertandingan Mewarna
  • Demontrasi Lukisan
  • Pameran IMalaysia
  • Pameran Agensi Kerajaan / Swasta
  • DJ Corner bersama Klasik FM, Minnal FM, Traxx FM dan Ai FM
  • Cetusan Rasa Rakyat Malaysia
18 Oktober 2009 (Ahad)
  • Senam Seni 1Malaysia di Stadium Perak (7.00 pagi-- semua dijemput serta)
  • Pameran Agensi Kerajaan / Swasta
  • Pertandingan Pidato 1Malaysia
  • Ekspo dan Gerai Jualan (8.00 pg - 10.00mlm)
  • Persembahan Artis PENTARAMA
  • Pertandingan Suara Emas IMalaysia
  • Pameran IMalaysia
  • DJ Corner bersama Klasik FM, Minnal FM, Traxx FM dan Ai FM
  • Pertandingan Puzzle
  • Lambakan Pasar Barangan Antik
  • Demontrasi Lukisan
  • Cetusan Rasa Rakyat Malaysia
  • Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat (Majlis Pelancaran 1Malaysia jam 8.00 mlm (acara siaran lansung ke saluran TV RTM)
ORANG RAMAI ADALAH DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM INI.