Sahabat JapenPk

Jumaat, 7 Oktober 2011

Raja Perempuan Muzwin mangkat

Ipoh 7 Oktober 2011 Duli Teramat Mulia, Raja Perempuan Muzwin balu kepada Al-marhum Sultan Idris II Sultan Perak ke-34, telah mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) jam 4.20 petang 6 Okt 2011. Baginda mangkat ketika berusia 82 tahun. Baginda akan akan dimakamkan di Makam diRaja Al-Ghufran Kuala Kangsar hari ini Jumaat 7 Okt. 2011 selepas asar.

Kemangkatan baginda merupakan kehilangan besar kepada kerabat DiRaja Perak dan juga Keluarga DiRaja Johor iaitu bonda kepada Permaisuri Johor Raja Zarith Sofia isteri kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Shah.

Baginda dikurniakan 2 orang putera dan 2 puteri iaitu Raya Mahkota Perak, Raja Dato’ Seri Nadzatul Shima, Tuanku Raja Zarith Sofiah (Permaisuri Sultan Johor), Raja Kecil Besar Perak, Raja Dato’ Seri Iskandar Zulkarnain (Ku9) dan Raja Jamil Ariffin.

Selasa, 2 Ogos 2011

Jabatan Peneranan Sasar 30 Sekolah Angkat Tahun Ini

Jul 3, 2011 // by Admin // Buletin, Pendidikan // No Comments

Jabatan Penerangan mahu menjadikan 30 sekolah rendah di seluruh negara sebagai sekolah angkat tahun ini bagi menjalinkan kerjasama erat antara jabatan dan warga sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata sehingga kini, 15 buah sekolah angkat telah menerima bantuan jabatan itu termasuk bahan bacaan serta logistik (pengangkutan) semasa mengadakan aktiviti.

“Kerjasama antara Jabatan Penerangan dan sekolah nyata memberikan kesan yang baik bagi kedua-dua pihak. Jabatan Penerangan juga berpeluang menyerbarluaskan lagi dasar dan wawasan kerajaan di peringkat sekolah menerusi program-program dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, Ibrahim melancarkan Kempen Budi Bahasa Peringkat Sekolah-Sekolah Angkat Jabatan Penerangan serta Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia, yang disertai 700 pelajar, di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan di sini.

Beliau berharap menerusi sekolah angkat itu, Jabatan Penerangan dapat melahirkan generasi muda yang maju dan progresif.

Mengenai kempen budi bahasa itu, Ibrahim berkata Jabatan Penerangan mahu mengetengahkan semula budaya ini terhadap generasi muda khususnya di peringkat sekolah.

Menurutnya pembangunan intelektual tidak mencukupi sekiranya tidak diterapkan dengan budaya budi bahasa dan adab sopan dalam kehidupan seharian.

“Generasi muda hari ini semakin melupakan budi bahasa dan adab sopan ketika berhadapan dengan golongan yang lebih dewasa dari mereka (generasi muda). Misalnya budaya mengucapkan terima kasih semakin sukar diucapkan,” katanya.

Untuk itu, katanya Jabatan Penerangan akan melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan lagi budi bahasa di kalangan pelajar sekolah.

Selasa, 24 Mei 2011

Perjumpaan NGO's Perak


Cawangan Geraksaraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Jabatan Penerangan Perak bersama Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Perjumpaan NGO's Perak di Hotel Hillcity, Ipoh pada 25.5.2011 untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu semasa dan senario politik kontemporari.

Sebanyak 40 NGO's di Perak menyertai program ini antaranya, Gagasan Melayu Perak, PERKASA, ABIM, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Penulis Tamil, JARO, Persatuan Pesara Kerajaan, Gerakan Belia 4B, Gerakan Belia Bersatu dan Chinese Ladies Fellowship, GERBISA, PEWARIS, Yayasan Strategik Sosial Perak, Persatuan Peniaga Kecil Perak, Rukun Tetangga Cherry Park, Ipoh dan Persatuan Belia Buddhist Perak (YBAM).

Program ini akan berlangsung jam 10.00 pg dan diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh wakil NGO's sebelum menikmati jamuan tengah hari.

Isnin, 9 Mei 2011

Komuniti Bestari diminta laksana seni untuk belia











Mei 10, 11 11:26am

Komuniti Bestari diminta melaksanakan program meliputi seni kebudayaan masyarakat setempat agar ia dapat menarik penyertaan golongan muda dan belia terhadap program berkenaan di kawasan masing-masing.Pembantu Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim berkata menerusi program kebudayaan yang dianjurkan mengikut tradisi penduduk kampung terbabit, ia akan memaparkan budaya tersebut kepada golongan muda.

Selain itu, katanya, ia secara tidak langsung seni budaya dari kampung mereka tidak akan pupus di kalangan generasi muda masa kini."Kita melihat Komuniti Bestari merupakan penggerak untuk menghidupkan program ini yang akan turut disertai semua lapisan masyarakat."

Seni budaya terutama permainan tradisional biasanya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung berkenaan yang menjadi hasrat kerajaan untuk melihat masyarakat setempat hidup bersatu padu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Anjung Bestari Komuniti 1Malaysia dan Malam Rentak Irama 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Kampung Siasai dekat Kota Belud malam tadi.


Japlin berkata dalam merancakkan lagi program berkenaan, Komuniti Bestari juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan lain dalam melaksanakan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat kampung.-Bernama
Related Posts with Thumbnails