Sahabat JapenPk

Memaparkan catatan dengan label Satu Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Satu Malaysia. Papar semua catatan

Khamis, 17 Disember 2009

Jabatan Penerangan Giatkan Usaha Jelaskan Mengenai 1Malaysia


KUALA KLAWANG: Jabatan Penerangan akan menggiatkan lagi usaha untuk memberi penjelasan kepada rakyat berhubung konsep 1Malaysia tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdullah Morad (foto) berkata, sehingga kini beliau berpuas hati dengan usaha keras yang dijalankan jabatan itu bagi memupuk kesedaran di kalangan orang ramai mengenai konsep berkenaan.

Katanya, selepas ini pihaknya akan meningkatkan lagi usaha di peringkat pemahaman dan juga penghayatan oleh seluruh masyarakat berhubung dengan konsep 1Malaysia.

"Kami mempunyai strategi tertentu untuk mendekati masyarakat supaya penyebaran maklumat dan kefahaman ini dapat diperluas lagi di seluruh negara,"katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan beliau dan pegawai-pegawaikanan Jabatan Penerangan dengan kakitangan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan disebuah hotel di sini, hari ini.

Majlis perjumpaan itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke negeri-negeri dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan Jabatan Penerangan di seluruh negara selaras dengan visinya sebagai teras dan peneraju utama jentera perhubungan awam yang profesional dan berwibawa.

Abdullah dan rombongannya kemudian melawat Pejabat Penerangan Daerah Jelebu sebelum ke Komuniti Bestari (K-Bestari) di Kampung Gagu dekat ini.

Sementara itu, katanya pihaknya sedang membuat kajian untuk menambah K-Bestari yang sedia ada di seluruh negara berdasarkan kepada keperluannya. - BERNAMA

Rabu, 14 Oktober 2009

Pelancaran IMalaysia Bersama Rakyat Perak


Perdana Menteri, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak akan melancarkan gagasan IMalaysia Bersama Rakyat Perak pada 18 Oktober 2009 jam 8.00 malam di Stadium Perak. Oleh kerana Negeri pertama selaku tuan rumah program ini, Kerajaan Negeri Perak menjangkakan seramai 50 ribu penduduk tempatan berbilang kaum akan menghadiri majlis tersebut. Jabatan Penerangan Perak, urus setia bersama dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri telah mengaturkan pelbagai aktiviti sempena majlis pelancaran mulai 17 Oktober 2009 di Stadium Indera Mulia dan Kompleks Belia dan Sukan Negeri. Antara aktiviti yang bakal memeriahkan suasana adalah seperti jadual berikut:

17 Oktober 2009 (Sabtu)
  • Gotong Royong di Pekan Chemor 7.00 pagi
  • Ekspo dan Gerai Jualan (8.00 pg - 10.00mlm)
  • Persembahan Artis / PENTARAMA Jabatan Penerangan
  • Sukan Rakyat
  • Pertandingan Suara Emas IMalaysia
  • Lintas Langsung RTM
  • Pertandingan Mewarna
  • Demontrasi Lukisan
  • Pameran IMalaysia
  • Pameran Agensi Kerajaan / Swasta
  • DJ Corner bersama Klasik FM, Minnal FM, Traxx FM dan Ai FM
  • Cetusan Rasa Rakyat Malaysia
18 Oktober 2009 (Ahad)
  • Senam Seni 1Malaysia di Stadium Perak (7.00 pagi-- semua dijemput serta)
  • Pameran Agensi Kerajaan / Swasta
  • Pertandingan Pidato 1Malaysia
  • Ekspo dan Gerai Jualan (8.00 pg - 10.00mlm)
  • Persembahan Artis PENTARAMA
  • Pertandingan Suara Emas IMalaysia
  • Pameran IMalaysia
  • DJ Corner bersama Klasik FM, Minnal FM, Traxx FM dan Ai FM
  • Pertandingan Puzzle
  • Lambakan Pasar Barangan Antik
  • Demontrasi Lukisan
  • Cetusan Rasa Rakyat Malaysia
  • Majlis Perhimpunan Bersama Rakyat (Majlis Pelancaran 1Malaysia jam 8.00 mlm (acara siaran lansung ke saluran TV RTM)
ORANG RAMAI ADALAH DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN PROGRAM INI.

Selasa, 14 Julai 2009

Poster Gagasan 1Malaysia

1MALAYSIA...Sebuah papan iklan mempromosi gagasan "1Malaysia" yang dilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak didirikan berdekatan Lebuhraya Persekutuan. --fotoTHE STAR oleh Azman Ghani

Selasa, 5 Mei 2009

Intipati misi Dato' Seri Rais Yatim


"Untuk membina negara-bangsa, kita perlu lihat apa yang ada di kementerian ini. Senjata yang paling berkesan ialah menerusi penerangan. Saya dapati sebahagian daripada asasnya sudah mencukupi, cuma sebahagian metadologinya saja perlu diwujudkan. Kita perlu memastikan penduduk berusia lingkungan 20-an dan 40-an terangkum dalam perancangan berkenaan. Setakat ini, tidak ada segmen dalam perjuangan itu di situ. Oleh itu, kita perlu mewujudkan program dan jangkauan untuk sampai kepada populasi dan kumpulan generasi terbabit".
Related Posts with Thumbnails