Sahabat JapenPk

Memaparkan catatan dengan label Komuniti Bestari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komuniti Bestari. Papar semua catatan

Isnin, 9 Mei 2011

Komuniti Bestari diminta laksana seni untuk belia











Mei 10, 11 11:26am

Komuniti Bestari diminta melaksanakan program meliputi seni kebudayaan masyarakat setempat agar ia dapat menarik penyertaan golongan muda dan belia terhadap program berkenaan di kawasan masing-masing.Pembantu Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim berkata menerusi program kebudayaan yang dianjurkan mengikut tradisi penduduk kampung terbabit, ia akan memaparkan budaya tersebut kepada golongan muda.

Selain itu, katanya, ia secara tidak langsung seni budaya dari kampung mereka tidak akan pupus di kalangan generasi muda masa kini."Kita melihat Komuniti Bestari merupakan penggerak untuk menghidupkan program ini yang akan turut disertai semua lapisan masyarakat."

Seni budaya terutama permainan tradisional biasanya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung berkenaan yang menjadi hasrat kerajaan untuk melihat masyarakat setempat hidup bersatu padu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Anjung Bestari Komuniti 1Malaysia dan Malam Rentak Irama 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Kampung Siasai dekat Kota Belud malam tadi.


Japlin berkata dalam merancakkan lagi program berkenaan, Komuniti Bestari juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan lain dalam melaksanakan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat kampung.-Bernama

Ahad, 22 Mac 2009

Majlis Sepakat Bestari Komuniti Bestari Mukim Sg. Tinggi, Terong, Perak







YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia telah merasmikan Majlis Sepakat Bestari di samping menyampaikan enam set komputer kepada pengerusi Komuniti Bestari daerah Larut Matang dan Selama. Sempena kunjungan beliau, Pejabat Penerangan Daerah Larut Matang dan Selama selaku penganjur program telah mengadakan pelbagai aktiviti sampingan seperti pertandingan mewarna, gubahan bunga, pameran, penjualan produk Komuniti Bestari tempatan serta kenduri kampung.

Beliau juga telah melakarkan sejarah dengan menandatangani plak perasmian Anjung Bestari Mukim Sg Tinggi, Padang Gajah, Terong, Perak. Sebelum itu kedatangan beliau disambut dengan paluan gendang serunai serta tingkah silat tradisi Sg. Tinggi yang kaya dengan jurus lembut yang memukau penonton.

Lawatan Ketua Pengarah di Komuniti Bestari Mukim Terong



Pada 22.3.2009 jam 9.30 pagi YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia dalam rangka lawatan rasmi ke Komuniti Bestari Mukim Sungai Tinggi, Padang Gajah sempat singgah sebentar bersua muka dengan Ahli-ahli Jawatakuasa Komuniti Bestari Mukim Terong, di daerah Larut Matang dan Selama, Perak. Beliau ditemani oleh Hj Abdullah Mohd Ariff, Pengarah Penerangan Perak serta pegawai-pegawai kanan Jabatan berkesempatan melawat Anjung Bestari, beramah mesra dengan ahli KB berkenaan di samping menikmati sarapan pagi.

Khamis, 19 Mac 2009

Majlis Sepakat Bestari Daerah Larut Matang dan Selama



YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia akan merasmikan Majlis Sepakat Bestari di Anjung Bestari Mukim Sungai Tinggi, Padang Gajah, Trong, Perak. Majlis akan berlangsung jam 11.00 pagi pada 22 Mac 2009. Sempena majlis ini satu pertujukan Layar Bestari (dulu dikenali sebagai Wayang Pacak) akan diadakan pada 21 Mac 2009 jam 8.30 malam di lokasi sama.

Program lain adalah seperti berikut:


21.3.2009
8.00 pg - Gotong Royong
3.00 ptg - Persiapan Kenduri Kampung
8.30 mlm - Layar Bestari

22.3.2009
8.00 pg - Senamrobik Ahli-ahli Komuniti Bestari
9.00 pg - Pertandingan mewarna (pra sekolah dan OKU)
- Pertandingan Gubahan Kenegaraan
- Kuih Peneram
- Gerai jualan produk Komuniti Bestari daerah LMS
- Pameran & kaunter perkhidmatan Agensi Kerajaan / Swasta
11.00 pg - Majlis Perasmian
- Penyampaian komputer kepada 6 buah Komuniti Bestari LMS
- Menandatangani Plak Perasmian Anjung Bestari Mukim Sg. Tinggi
-Kenduri Kampung
-Cabutan Nombor Bertuah
-Bersurai

(Anda adalah dijemput hadir memeriahkan lagi majlis ini. Kehadiran ramai adalah dialu-alukan)

Khamis, 18 Disember 2008

"Taman Angkat" Komuniti Bestari Mukim Chenderiang


Pentadbiran daerah Batang Padang yang diketuai oleh Pegawai Daerah, YBhg Dato' Hj Md Damiri bin Md Sairi telah sudi mengistiharkan bahawa Taman Tasek Temoh yang terletak di Kg.Batu Masjid, 5km dari Tapah sebagai Taman Angkat kepada Komuniti Bestari (KB) Mukim Chenderiang. Hari bersejarah itu berlangsung jam 9.30 pagi pada 16 November 2008 dalam satu majlis berwarna-warni serta dihadiri kira-kira 5000 pengunjung termasuk ahli-ahli KB seluruh Perak.

Pengarah Penerangan Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dalam ucapan aluan menyifatkan bahawa pengistiharan tersebut melambangkan kepercayaan dan keyakinan Pegawai Daerah terhadap kemampuan, kesungguhan serta komitmen KB Mukim Chenderiang terhadap aspek penyelenggaraan
Taman Tasek Temoh. Sekaligus menggambarkan bahawa kewujudan KB yang dikelolakan oleh Jabatan Penerangan di sesuatu mukim itu telah mendapat tempat di hati pentadbiran daerah.

Kemajuan Komuniti Bestari Perak

Justeru pada hari yang bersejarah bagi perkembangan dan kemajuan KB di Perak, Urus Setia Komuniti Bestari Negeri dan Pejabat Penerangan Daerah Batang Padang, Tapah telah mengadakan program
Perhimpunan Keluarga Komuniti Bestari Negeri Perak dengan agensi Kerajaan / swasta secara bersepadu serta dikelolakan beberapa KB di daerah Batang Padang. Selain pameran Rukun Negara Jabatan, 15 agensi kerajaan turut mengadakan pameran, 10 buah KB memasar dan mempamerkan produk masing-masing serta pihak swasta mengambil bahagian mengadakan "grand-sale".
Program ini turut dimeriahkan dengan beberapa acara seperti Sukan Air (kelolaan Pejabat Belia dan Persatuan Rekreasi Tapah), Sukan Rakyat (KB Tapah), Pertandingan Memasak Ikan Sungai (Jabatan KEMAS), Pertandingan Gubahan (KB Chenderiang), Sukan Kanak-kanak, Mewarna dan Pakaian Beragam (KB Bidor), Pertandingan Memancing (KB Tapah), Senamrobik (KB Sg. Klah), Sepak Raga Tuju, Pertandingan Karaoke Lagu Patriotik, Teka Biji Betik dan Kenduri Kampung (Kg. Batu Masjid).

Pohon Kenangan

Program sehari suntuk itu diserikan dengan perasmian pluq peristiharan "Taman Angkat" oleh YBhg. Dato' Md Damiri serta diikuti menanam empat batang
pohon kenangan iaitu pokok nangka yang menjadi trade-mark Kg. Batu Masjid. Pohon-pohon kenangan itu ditanam-rasmi oleh Pegawai Daerah, Pengarah Penerangan Negeri, ADUN Ayer Kuning, YB. Dato' Shamsudin serta ADUN Chenderiang, YB Dr Mah.

Seniman Kampung

Pada 15 November 2008 penduduk-penduduk Kg Batu Masjid (dalam Mukim Chenderiang) telah bergotong-royong menyembelih seekor kerbau balar dan malamnya petugas serta krew PENTARAMA dijamu dengan sop tulang sambil menyaksikan persembahan PENTARAMA yang menerima sambutan hangat daripada lebih 1000 orang penonton. Kegembiraan penduduk tempatan jelas terbayang apabila empat orang "seniman kampung" turut mendendangkan lagu-lagu pop 60-an iringan pancaragam PENTARAMA.
Penduduk kampung mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Timbalan Ketua Pengarah Penerangan, YBhg. Dato' Hj Selamat Sukimi kerana membenarkan PENTARAMA berkunjung ke kampung mereka buat pertama kali dalam sejarah.



Related Posts with Thumbnails