Sahabat JapenPk

Memaparkan catatan dengan label Kuiz ASEAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuiz ASEAN. Papar semua catatan

Isnin, 27 April 2009

Tahniah peserta dari Negeri Perak ke pertandingan akhir Kuiz ASEAN 28.4.2009




Pertandingan AKHIR Kuiz ASEAN

Peserta Perak AISYAH AHMAD TOHA dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak layak ke pertandingan akhir besok, 28.4. 2009. Tahniah Aisyah dan teruskan kecemerlangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur!

Ahad, 12 April 2009

Tahniah Pemenang Pertandingan Kuiz ASEAN dari Negeri Perak



Keputusan Pertandingan Kuiz ASEAN telah diumumkan oleh Urus Setia, Bahagian Perhubungan Antarabangsa, Jabatan Penerangan Malaysia, Kuala Lumpur. Seramai 15 peserta yang mendapat markah tertinggi layak bertanding ke peringkat separuh akhir di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 27-28 April 2009.

Adalah dimaklumkan bahawa antara 15 pemenang tersebut, peserta dari Perak Darul Ridzuan telah berjaya terpilih ke pertandingan separuh akhir. Beliau adalah pemenang tunggal daripada lebih 400 peserta Perak yang menyertai pertandingan kuiz secara on-line pada 25 Mac 2009 yang lalu.

Peserta yang berjaya itu ialah AISYAH AHMAD TOHA dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak. Tahniah Aisyah dan teruskan kecemerlangan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur!

Selasa, 24 Mac 2009

Pertandingan Kuiz ASEAN 2009 on-line dilanjutkan ke hari Jumaat



PERHATIAN KEPADA PESERTA PERTANDINGAN KUIZ ASEAN 2009

Bagi peserta Negeri Perak, Pulau Pinang dan Sabah waktu pertandingan ditetapkan pada hari Jumaat 27 Mac 2009 mulai jam 11.00 pagi hingga 1.00 petang. Sehubungan itu kepada peserta Pertandingan Kuiz ASEAN di negeri-negeri terbabit yang tidak boleh mengakses sistem pada hari ini hendaklah menjawab soalan kuiz tersebut pada hari Jumaat.

Pertukaran tarikh dan waktu pertandingan ini adalah kerana sistem tidak mampu diakses serentak dari seluruh negara. Walau bagaimanapun, kepada anda yang telah berjaya mengakses sistem dan telah menjawab soalan kuiz pada waktu ini diucapkan selamat berjaya.

Info daripada Urus Setia Pertandingan Kuiz ASEAN 2009
Negeri Perak.
Keterangan lanjut sila hubungi : Encik Zabidin Hj Ismail (012-5070513)
Encik Zeinuddin Safar (012-4651510)

Isnin, 23 Mac 2009

Pertandingan Kuiz ASEAN secara on-line serentak seluruh negara pada 25 Mac 2009



Perhatian!!
Kepada semua peserta pertandingan Kuiz ASEAN adalah diingatkan bahawa pertandingan secara on-line akan dijalankan mulai 9.00 pagi hingga 3.00 ptg pada 25 Mac 2009 serentak di seluruh negara. Para peserta bolehlah ke makmal komputer sekolah pada hari berkenaan untuk menjawab soalan secara on-line yang akan diawasi oleh guru. Setiap peserta diperuntukkan masa selama sejam untuk menjawab sebanyak 51 soalan berbentuk objektif, false and true serta satu soalan esei.

Bagi negeri Perak sebanyak 46 buah sekolah menengah yang mempunyai makmal komputer terbabit dalam pertandingan ini. Semua pelajar yang mendaftar menyertai pertandingan ini telah diberikan kata laluan (password) bagi mengakses soalan. Semua soalan ditanya dalam bahasa Inggeris.

Perak mencatatkan sejarah kerana jumlah tertinggi sekolah di Malaysia yang menyertai kuiz ASEAN pada kali ini yang membabitkan melebihi 400 orang peserta.

Selamat bertanding semoga anda terpilih di kalangan 15 peserta terbaik untuk ke pertandingan separuh akhir pada Mei depan di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Related Posts with Thumbnails