Sahabat JapenPk

Selasa, 2 Ogos 2011

Jabatan Peneranan Sasar 30 Sekolah Angkat Tahun Ini

Jul 3, 2011 // by Admin // Buletin, Pendidikan // No Comments

Jabatan Penerangan mahu menjadikan 30 sekolah rendah di seluruh negara sebagai sekolah angkat tahun ini bagi menjalinkan kerjasama erat antara jabatan dan warga sekolah.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Ibrahim Abdul Rahman berkata sehingga kini, 15 buah sekolah angkat telah menerima bantuan jabatan itu termasuk bahan bacaan serta logistik (pengangkutan) semasa mengadakan aktiviti.

“Kerjasama antara Jabatan Penerangan dan sekolah nyata memberikan kesan yang baik bagi kedua-dua pihak. Jabatan Penerangan juga berpeluang menyerbarluaskan lagi dasar dan wawasan kerajaan di peringkat sekolah menerusi program-program dijalankan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, Ibrahim melancarkan Kempen Budi Bahasa Peringkat Sekolah-Sekolah Angkat Jabatan Penerangan serta Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia, yang disertai 700 pelajar, di Sekolah Kebangsaan Desa Pandan di sini.

Beliau berharap menerusi sekolah angkat itu, Jabatan Penerangan dapat melahirkan generasi muda yang maju dan progresif.

Mengenai kempen budi bahasa itu, Ibrahim berkata Jabatan Penerangan mahu mengetengahkan semula budaya ini terhadap generasi muda khususnya di peringkat sekolah.

Menurutnya pembangunan intelektual tidak mencukupi sekiranya tidak diterapkan dengan budaya budi bahasa dan adab sopan dalam kehidupan seharian.

“Generasi muda hari ini semakin melupakan budi bahasa dan adab sopan ketika berhadapan dengan golongan yang lebih dewasa dari mereka (generasi muda). Misalnya budaya mengucapkan terima kasih semakin sukar diucapkan,” katanya.

Untuk itu, katanya Jabatan Penerangan akan melaksanakan beberapa program bagi meningkatkan lagi budi bahasa di kalangan pelajar sekolah.

Selasa, 24 Mei 2011

Perjumpaan NGO's Perak


Cawangan Geraksaraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Jabatan Penerangan Perak bersama Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan mengadakan Majlis Perjumpaan NGO's Perak di Hotel Hillcity, Ipoh pada 25.5.2011 untuk mendapatkan maklum balas mengenai isu semasa dan senario politik kontemporari.

Sebanyak 40 NGO's di Perak menyertai program ini antaranya, Gagasan Melayu Perak, PERKASA, ABIM, Dewan Perniagaan Cina, Persatuan Penulis Tamil, JARO, Persatuan Pesara Kerajaan, Gerakan Belia 4B, Gerakan Belia Bersatu dan Chinese Ladies Fellowship, GERBISA, PEWARIS, Yayasan Strategik Sosial Perak, Persatuan Peniaga Kecil Perak, Rukun Tetangga Cherry Park, Ipoh dan Persatuan Belia Buddhist Perak (YBAM).

Program ini akan berlangsung jam 10.00 pg dan diakhiri dengan pembentangan resolusi oleh wakil NGO's sebelum menikmati jamuan tengah hari.
Related Posts with Thumbnails