Sahabat JapenPk

Selasa, 10 November 2009

Hj Zaharin Hj Zainudin Pengarah Penerangan Perak yang baru



Pada 9 November 2009 berlangsung Majlis Penyerahan Tugas antara mantan Pengarah Penerangan Negeri Perak, Hj Abdullah Mohd Ariff dengan Hj Zaharin Hj Zainudin, yang melapor diri pada 2 November 2009 sebagai Pengarah Penerangan Negeri yang baru. Majlis diadakan di Bilik Gerakan IPN dan disaksikan pegawai dan anggota cawangan-cawangan utama di Ibu Pejabat Negeri seramai 41 orang.

Sementara itu, semua pegawai dan anggota Japen Pk mengucapkan selamat bersara pilihan kepada Hj. Abdullah Mohd Ariff pada 1 Januari 2010. Walau bagaimanapun, mulai 2 November 2009 beliau ditukarkan ke Bhg. Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Kuala Lumpur kemudian bercuti panjang sebelum bersara.

Kepada Hj Zaharin selamat berkhidmat di negeri kelahiran yang tersohor sebagai negeri logam dan mempunyai banyak sejarah tersendiri baik dari segi politik, pendidikan, sosial, keagamaan dan memiliki kepelbagaian budaya, etnik serta dialek yang cukup menarik untuk direnungi.

2 ulasan:

  1. Selamat bersara kepada Tn Haji Abdullah dan selamat menerajui Perak kepada Tn Haji Zahrin. Terengganu masih menunggu.......

    BalasPadam
  2. salam 1 malaysia,
    tahniah kepada hj zaharin kerana telah menjadi sebahagian warga keluarga Jab Penerangan Negeri Perak, moga kehadiran tuan di negeri ini dapt memberi banyak perubahan yang drastik

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails