Sahabat JapenPk

Isnin, 9 Mei 2011

Komuniti Bestari diminta laksana seni untuk belia











Mei 10, 11 11:26am

Komuniti Bestari diminta melaksanakan program meliputi seni kebudayaan masyarakat setempat agar ia dapat menarik penyertaan golongan muda dan belia terhadap program berkenaan di kawasan masing-masing.Pembantu Menteri Pembangunan Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim berkata menerusi program kebudayaan yang dianjurkan mengikut tradisi penduduk kampung terbabit, ia akan memaparkan budaya tersebut kepada golongan muda.

Selain itu, katanya, ia secara tidak langsung seni budaya dari kampung mereka tidak akan pupus di kalangan generasi muda masa kini."Kita melihat Komuniti Bestari merupakan penggerak untuk menghidupkan program ini yang akan turut disertai semua lapisan masyarakat."

Seni budaya terutama permainan tradisional biasanya mendapat sambutan hangat dari penduduk kampung berkenaan yang menjadi hasrat kerajaan untuk melihat masyarakat setempat hidup bersatu padu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program Anjung Bestari Komuniti 1Malaysia dan Malam Rentak Irama 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Sabah di Kampung Siasai dekat Kota Belud malam tadi.


Japlin berkata dalam merancakkan lagi program berkenaan, Komuniti Bestari juga boleh bekerjasama dengan pertubuhan lain dalam melaksanakan pelbagai program yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat kampung.-Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails