Sahabat JapenPk

Sabtu, 13 Disember 2008

Majlis Perpisahan Staf Perak



Hari ini (12 Disember 2008) jam 3.00 petang berlangsung Majlis Perpisahan Cik Suriati A. Karim, Pembantu Penerangan Cwg Perancangan dan Penyelidikan di Bilik Gerakan Negeri yang dihadiri semua staf Ibu Pejabat. Majlis dipenuhi dengan ucapan perpisahan daripada Hj Zabidin Hj Ismail yang mewakili Pengarah serta Puan Nur Azrina Zainal Arif selaku Ketua Cawangan. Turut hadir ialah Cik Nurul Azirah, Penolong Pengarah Cwg Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK) .Cik Suriati akan berpindah ke Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mulai 15 Disember 2008 setelah berkhidmat dengan Jabatan Penerangan Perak selama setahun empat bulan. Selain ucapan daripada Cik Suriati, majlis diserikan dengan penyampaian cenderamata, kemudian diikuti dendangan lagu "bertemu dan berpisah" sambil hadirin menjamu selera. Majlis diakhiri dengan bergambar ramai sebagai tanda kenang-kenangan. Meskipun hadirin kelihatan bergembira, namun sebak membungkus kalbu setengah daripada mereka.

4 ulasan:

  1. emmm..rindu nyer kat perakk..

    BalasPadam
  2. saya mengucapkan syabas kepada jabatan penerangan perak kerana berjaya mengembangkan saluran maklumat kepada orangramai khususnya pengguna lebuhraya utara selatan dengan mewujudkan infopen bagi saya usaha ini akan meningkatkan lagi imej jabatan penerangan perak khususnya terhadap peranannya sebagai peneraju maklumat masyarakat. tahniah...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails