Sahabat JapenPk

Ahad, 18 Januari 2009

Menjejaki Mantan Pengarah Penerangan Perak - Encik Hanif bin Haji Mohd. Baki






Menjejaki mantan Pengarah Penerangan Perak, Encik Hanif bin Haji Mohd Baki

Sebahagian anggota Badan Kebajikan Jabatan Penerangan Negeri Perak diketuai oleh Pengarah Penerangan Negeri, Haji Abdullah bin Mohd. Ariff telah berkesempatan mengadakan kunjungan hormat kepada mantan Pengarah Penerangan Perak (16.11.1989 hingga 28.2.1991), Encik Hanif bin Haji Mohd Baki di rumahnya di Kampung Batu 2, Air Mawang, Kuala Pilah pada 6 Januari 2009.

Rombongan seramai 7 anggota Jabatan Penerangan ini adalah inisiatif Penyelia JAV, Encik Kamaruddin bin Haji Ismail yang telah telah berjaya menjejaki dan berkunjung ke rumah Encik Hanif seminggu sebelum ketibaan rombongan anggota Badan Kebajikan pada hari tersebut.

Encik Hanif yang kelihatan uzur berasa terharu dengan ketibaan kami dan begitu bersemangat bercerita kisah-kisah lama terutama anggota yang pernah berkhidmat dengannya. Walau pun tutur katanya tidak begitu lancar namun beliau cuba sedaya-upaya mengingati kisah-kisah silam dan begitu ceria bila dapat mengingat kisah-kisah lama.

Beliau yang kini berusia 74 tahun tinggal dengan isterinya bersama seorang pembantu rumah. Beliau mempunyai 3 orang anak yang kesemuanya bekerja di Kuala Lumpur. Oleh kerana kesihatannya yang tidak begitu baik, kebanyakan masanya banyak dihabiskan di rumah. Katanya keceriaan keluarga jelas terbayang setiap kali anak-anak dan cucunya berkunjung ke rumah terutama di waktu musim perayaan seperti Hari Raya.

Untuk makluman, jawatan terakhir Encik Hanif sebelum bersara dalam perkhidmatan kerajaan pada 23.2.1991 ialah sebagai Pengarah Penerangan Negeri Perak. Sebelum itu beliau bertugas di Pulau Pinang, Bahagian Hal Ehwal Khas dan Bahagian Penerbitan di Jabatan Penerangan.
0 comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails