Sahabat JapenPk

Jumaat, 2 Januari 2009

Wayang Pacak: kenangan lalu!


Sunday, December 28, 2008

Teluk Intan yang semakin tak kukenali

Selain daripada Menara Pisa di Itali, Teluk Intan juga memiliki menara yang istimewa..... sama-sama condong!
Semasa aku di Tingkatan 6..... tiap-tiap hari melepak di sekitarnya. Semasa kecil.... perhubungan antara Teluk Intan dan kampung ku hanyalah melalui sungai.... tentu ramai yang tak tahu pasal ni.
Aku tinggal di Kampung Balun Bidai..... waktu tu jalanraya tak berapa ada lagi kot. Sebab tu lah lebih mudah guna bot/kapal untuk ke bandar. Selang 2-3 hari ada kapal (bot yang besar) dari Teluk Intan membawa barang-barang jualan. Tokey2 kedai oder barang-barang melalui kapal ni la. Dan kampung ku merupakan destinasi terakhir pelayaran kapal tu. Biasanya petang akan sampai ke kampung.
Selain daripada tu.... polis, klinik bergerak juga datang dengan bot. Dan yang paling ditunggu-tunggu ialah kapal Jabatan Penerangan..... 2 minggu sekali, kami orang kampung berhibur dengan 'wayang pacak' cap harimau, selain mendengar ceramah pegawai penerangan.
Bagi kami penduduk yang tinggal di pesisir sungai.... kapal ni sangat penting. Banyak yang boleh diceritakan.... tapi sengaja pendekkan cerita. Bila hendak ke Teluk Intan, kami tumpang (bayar tambang) kapal ni lah. Tengah malam bertolak dari kampung dan akan sampai di Teluk Intan paginya.
Jeti di Teluk Intan mungkin sudah tak berfungsi lagi sekarang ni..... lokasinya dulu, naik je dari bot terus disambut oleh barisan gerai mamak yang melambai-lambai..... "mari.... mari..." hinggakan bagi orang kampung kami, bila sebut nak makan kat mana..... makan kat kedai mari-mari...... hehehe

Panjang dah intronya tu......

Sekarang ni..... jarang benar aku pergi ke Teluk Intan bila balik kampung. Barangkali moodnya sudah tidak seperti dulu!
Dulu semasa bersekolah di SM Sri Perak.... tiap-tiap hari lepak di sekitar Menara Condong. Berkawat sekitarnya dan diakhiri lepas tu kat bus stand. Melihat bus stand tu pun dah tak meriah macam dulu rasanya..... sunyi je! Gerai-gerai kat sebelah nya tu pun dah tak berapa ada. Dulu kat situlah minum ABC mangkuk besar yang harganya RM1.
Baru-baru ni aku pergi ke Teluk Intan..... rasanya dah banyak wajah klasiknya yang hilang. Nak makan popia basah pun dah tak de. Dan akhirnya aku balik cam tu je!

Teluk Intan...... bandar yang menggabungkan Melayu, Cina, India,
Rawa, Mendihiling, Jawa dan Banjar!

Posted by Shifu67 at 9:35 PM 7 comments
Labels: Aku Versi Lelaki
petikan blog:http://tersurat-tersirat.blogspot.com/



MENARA CONDONG

TELUK INTAN

Terlalu sayu ia berdiri

mengadap kiblat

di jantung bandar tua

di sudut Jalan Selat

mengusap setiap nostalgia

pada meniti landasan abad

namun tiada pernah lupa

memberitahu waktu

pada pelawat yang lalu

Menara Condong

di jantung bandar tua

tidak pernah sombong

walau menghulur sekurun jasa

pun tersentuh jua tabir kecundang

kini berdiri ia dalam kelelahan

menanti waktu

menutup pintu warisan.

Zabidin Haji Ismail

Sinar Zaman edisi Mei-Jun 1992


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails