Sahabat JapenPk

Jumaat, 12 Jun 2009

Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Setia Peringkat Negeri Perak ke-2 2009


Pertandingan Sketsa Rukun Negara Kelab Setia Peringkat Negeri Perak bagi kali ke-2 anjuran Jabatan Penerangan Perak dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Perak akan berlangsung pada 20 Jun 2009 di Dewan Serbaguna SUK Negeri Perak mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Sebanyak 13 Kelab Setia seluruh Negeri Perak akan menyertai pertandingan tersebut bagi merebut sebuah piala pusingan berusia lebih setahun. Penyertaan kali ini sungguh memberangsangkan. Sambutan Kelab Setia terhadap program amat menggalakkan. Mereka sanggup mengadakan latihan berkumpulan semata-mata untuk memenangi piala pusingan yang berprestij itu.

Penyertaan diwajibkan mengolah cerita bertemakan salah satu prinsip Rukun Negara dalam skrip drama pentas sebabak sekitar 20 minit. Persembahan sketsa hendaklah dijayakan oleh ahli-ahli Kelab Setia seramai 10 orang yang perlu mempamerkan semangat kerja berpasukan serta mewujudkan setia kawan yang tinggi di kalangan peserta. Pihak penganjur tidak membekalkan apa-apa bantuan sama ada material, nasihat serta tunjuk ajar melainkan daripada pihak sekolah dan guru penyelaras. Mereka dikesan menggunakan kreativiti sendiri dalam mengolah cerita, penyediaan prop serta sesi latihan.

Hal ini telah membentuk sikap para peserta untuk berdikari serta menyedari hakikat bahawa di dalam dunia yang fana ini tidak ada suatupun yang boleh diperolehi secara percuma melainkan dengan curahan keringat dan minat yang sungguh-sungguh.
Melalui pertandingan ini ahli-ahli Kelab Setia didedahkan dengan kefahaman dan penghayatan yang holistik terhadap falsafah Rukun Negara dengan menerimanya secara santai, bersahaja serta simplistik.

Pada tahun 2008 Kelab Setia SMK King Edward, Taiping menjadi johan dalam pertandingan sengit dengan enam lagi Kelab Setia termasuk naib juara Kelab Setia SMK Temenggong Kati, Kuala Kangsar. Apakah King Edward Taiping masih lagi mampu menggekalkan kejuaraan itu? Atau Kelab Setia lain yang akan menonjol sebagai juara? Tarikh keramat 20 Jun akan menentukan kejuaraan ini. Sama-samalah kita beramai-ramai menyaksikannya!! Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) Jabatan Penerangan Negeri Perak mempelawa serta mengundang Kelab Setia di seluruh Negera datang ke Perak menyaksikan pertandingan sketsa Rukun Negara ini kerana ianya diadakan hanya di Perak Darul Ridzuan- negeri yang paling banyak mencipta sejarah luar biasa terutama di arena politik tanah air.

2 ulasan:

  1. salam...fuh dah lame rasanya x on9 blog nie maklumlah tenet asyik down jer kat daerah nie...tu la dulu pakai streamyx ditukarnya pada jaring..skg huh terima la akibatnya.... nie kelab setia nie kepada mereka yang ingin menyertai pertandingan ni elok sangat lah coz pertandingan mcm nie dapat memupuk semangat patriotisme dalam masyarakat malaysia dan saya berharappppp sangat JAPEN dapat mencari peserta berbilang kaum, kalau boleh semua seklah yang menyertai Sketsa nie terdiri dari pelbagai kaum...

    BalasPadam
  2. lupe pulak...kalau nak tips sila ke sila ke www.akatsuki77.blogspot.com..nak tanya apa2 sila ke sana...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails