Sahabat JapenPk

Jumaat, 27 Mac 2009

Pusat Media PRK Bukit Gantang ditubuhkan





Jabatan Penerangan Perak telah menubuhkankan Pusat Media bagi Pilihanraya Kecil P.059 Bukit Gantang di SSL Traders Hotel, Kamunting kira-kira 5 KM dari bandar Taiping. Pusat ini dilengkapi dengan 10 set komputer dengan kemudahan internet, pencetak, mesin fotostat berkuasa tinggi, faksimili, telefon, tv, LCD serta pelbagai akhbar harian utama.

Para pengamal media termasuk blogger boleh mengunjungi pusat ini serta menggunakan kemudahan yang diberikan secara percuma bagi memudahkan mereka membuat laporan terkini mengenai PRK Bukit Gantang. Maklumat serta profil Bukit Gantang disediakan.

Pusat ini beroperasi mulai 26 Mac hingga 8 April 2009 dari jam 9.00 pagi ke 12 malam setiap hari. Petugas media Jabatan Penerangan akan sentiasa membantu para pengamal media dan blogger untuk mendapat maklumat serta penggunaan kemudahan yang disediakan.

1 ulasan:

  1. syabas Jabatan Penerangan moga dengan kemudahan ini akan dapat memberi pelbagai manafaat kepada blogger dan pengamal media..

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails