Sahabat JapenPk

Ahad, 22 Mac 2009

Ziarah Pak Teh yang lumpuh

Petang 22.3.2009 YBhg Dato' Abdullah Morad, Ketua Pengarah Penerangan serta YBhg Datin Asmah, Hj Abdullah Mohd Ariff, Pengarah Penerangan Perak dan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Penerangan telah menziarahi Pak Teh, 76 tahun, Pengerusi Komuniti Bestari Kg Changkat Jering, Bukit Gantang, Perak yang mengidap penyakit lumpuh.

Pak Teh begitu terharu dan menitiskan air mata gembira kerana kunjungan Ketua Pengarah dan rombongan yang tidak disangka itu. Dalam sebak dan sayu itu, Pak Teh sempat mendoakan kebahagian dan kesejahteraan rombongan yang sudi menjenguknya.

1 ulasan:

  1. terharunye...ape pun syabas Japen Pk atas komitmen yang ditunjukkan dan terma kasih kepada Dato Kp atas keperihatinan Dato menziarah Pak Teh

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails